Pages

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami
& kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

****************************************************************************************************************************

Friday, February 14, 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!

Semua manusia mempunyai masa lampau
Begitu juga aku
Bagi aku, masa lampau yg pernah aku lalui adalah satu tempat di mana aku tidak mahu menjejakkn kaki lagi
sampai bila2 pun
Jadi aku mohon
Aku mohon jangan disingkap masa lampau aku
Kerana aku sudah tiada di 'sana'
Aku sekarang berada di 'sini'
Mencari cinta hakiki
Cinta yang abadi
Mungkin terkadang aku terjatuh, tersungkur
Namun aku tahu aku tidak mahu tersungkur di lembah yang sama
Aku masih melakukan kesilapan
Kerana aku manusia biasa
Manusia yang tidak akan pernah sempurna
Begitu juga kamu, kamu & kamu
Namun kita masih punya waktu
Waktu untuk berubah
Berubah ke arah yang jauh lebih baik
Moga kita selamat sampai ke destinasi yang terakhir
Ya, aku mahu ke syurga
Kamu juga begitu bukan?
Jadi, jangan kita pernah menghukum sesiapa pun berdasarkan masa lampaunya
Setiap orang punya masa hadapan
Dan yang menentukan masa hadapan kita adalah masa kini, bukan masa lampau
Jaga diri kita yang sekarang
Moga kita bertemu di syurga-Nya
InsyaAllah :')



~Thanks for reading~

No comments:

Post a Comment

May Allah bless u!