Firman Allah :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ
“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…”
[al-Hujurat (49) : 13]
Mengapa Allah melihat ketaqwaan hamba-Nya???
Sekiranya Allah melihat harta hamba2-Nya, nescaya yg paling banyak hartanya lah yg akan masuk ke dalam syurga...
Jikalau Allah menilai hamba2-Nya melalui harta,
maka
insan2 spt Carlos Slim Beru, Bill Gates, Warren Buffet
&
billionaire yg lain lah yg akn memenuhi syurga ALLAH
tetapi
adilkah jika ini trjadi??
adilkah kpd mereka yg miskin & fakir??
&
sekiranya Allah melihat harta hamba2-Nya
nescaya seluruh umat manusia akan berebut2 mncari harta kekayaan
sehinggakan melupakan tanggungjawab sbg seorg HAMBA
melupakan tanggungjawab kpd PENCIPTA
bahkan jika ini trjadi
hancurlah dunia dlm sekelip mata
sudah pasti dunia ini dijadikan medan utk berperang
manusia akn penuh dgn PHD
iaitu perasaan hasad dengki sesama mereka
x dpt sy bayangkn bagaimana keadaan dunia ini sekirany Allah melihat kpd harta kekayaan
nauzubillah
JADI
kita harus bersyukur krn ALLAH telah menetapkan bahawa
mereka yg bertaqwa itulah yg plg mulia di sisi-Nya
masya-Allah
sungguh adil ALLAH terhadap hamba2-Nya
tetapi malangnya
umat manusia zaman skrg
SANGAT mementingkan kekayaan
sehingga melupakan tanggungjawab mereka terhadap ALLAH SWT
sy akui harta itu penting utk membolehkn kita hidup dgn lebih selesa
TETAPI
ingatlah
segala harta kekayaan yg kita miliki skrg atau di kemudian hari itu
HANYALAH
pinjaman drp PENCIPTA kpd CIPTAAN-NYA
jdi kita sbg CIPTAAN yg plg sempurna di muka bumi ini
seharusnya bersyukur
&
WAJIB mentaati PENCIPTA kita
wahai saudara seagamaku
janganlah kamu alpa
janganlah kamu leka
dgn dunia yg sementara ini
KERANA
dunia ini hanyalah persinggahan sementara kamu
sebelum kamu dihisab
dihitung amalan
yg menentukan di mana kamu tinggal utk selama2nya
di syurga @ di neraka kah???
sy amat yakin & percaya
rmai..hmm..bkn sahaja rmai
malah kesemua org akan mnjawab
mahu masuk syurga
TETAPI
di manakah usaha kamu utk ke syurga ALLAH itu??
apakah yg kamu lakukan utk ke syurga ALLAH itu??
wahai saudara seagamaku
janganlah kamu hanya berlumba2 mencari kekayaan dunia
tetapi
berlumba2lah utk mnjadi insan yg paling bertaqwa
carilah redha Illahi
krn
hanya dgn keredhaan DIA kamu akan ke syurga-Nya
wallahu'alam
Firman Allah :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya”. [Al-Imran (3) : 102]
Firman Allah :
قُل لاَّ يَسْتَوِى الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُواْ اللَّهَ يأُوْلِى الاٌّلْبَـبِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
[Al-Maedah (5) : 100 ]
Firman Allah :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ
“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” [alHujurat (49) : 13]
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم sering mengucapkan, “Ya Allah aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri dan kecukupan.” (Muslim)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : :
Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Ahmad, At-Tirmidzi)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Dari Abu Hurairah , رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya tentang penyebab yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga, maka Baginda menjawab, “Bertaqwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Dan ketika ditanya tentang sesuatu yang paling banyak menjerumuskan orang ke dalam neraka Baginda menjawab, ”Mulut dan Kemaluan.” (at-Tirmidzi,)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Bahwasanya seorang hamba, tidaklah akan mencapai derajat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang (barang yang harus atau halal) supaya tidak terjerumus pada hal- hal yang dilarang ” ( Hadis Hasan ; riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Baihaqi ) .
saya bukanlah insan yg baik tetapi saya cuba utk jadi baik...
saya menulis ini sebenarnya sbg peringatan buat diri saya sendiri...
moga kita tidak lupa kpd PENCIPTA kita...
moga kita tidak lupa tujuan hidup kita di dunia ini...
maaf atas sebarang kata2 yg membuatkn sesiapa terasa hati...
segala kelemahan adalah drp saya sendiri...
& yg baik itu datangnya drp Allah SWT...
Wassalam...
~~~~~~~~~~Thanks for reading~~~~~~~~~~





No comments:
Post a Comment
May Allah bless u!