Pages

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami
& kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

****************************************************************************************************************************

Thursday, July 14, 2011

~Marhaban Ya Ramadhan~

Salam =)

    Arini 14 Julai 2011 bersamaan 13 Sya'ban 1432H...insya-Allah tinggal lagi 17 hari lagi sebelum kte menemui bulan Ramadhan...puase dh habis ganti x??huhu(peringatn bt diri ini jgk =D) Mudah2an sume dh habis ganti...tapi kalo belum, xpe, masih ade mase lagi... =)

    Bulan puase kali ini akan jadi yg paling tough buat ak sekeluarga...sebab insan yg plg kami sayang telah pun tiada utk bersama2 menyambut bulan yg penuh keberkatan ini...rase sayu bile mengenangkan mak sudah tiada...xde lagi mak utk kejutkn ak bgn sahur, xde lgi mak yg akn masak utk ak berbuke...xde lgi mak yg akn tanye ak nak makan ape...xde lgi mak yg akn duduk semeja utk bersahur & berbuke...i miss u mak...rindu air tgn mak...xde org leh challenge masakan mak...
=(


    Tahun ni 1st time ak dpt puase sebulan di rumah...sejak ak masok sekolah asrama, ak x dpt puase kat umah lame..plg2 pon 2 mggu...tapi ble ak dpt puase penuh kat umah, mak pula xde :'(


    Ak mesti sedih bulan puase t...lagi2 raye t...rase mcm x mampu je nak hadapi sume ni...tapi ak kne kuat, sume ni ujian daripada Allah...ak trime walaupun ianya payah...Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk menghadapi bulan Ramadhan kali ini Ya Allah...






Cukop lah emo2 ni..huhu...k, skg ak nak cite pasal bulan Ramadhan...ak pon main search kat mr google...ngee =D

  • Di dlm bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga & dikunci segala pintu neraka & syaitan2 dibelenggu. Padanya ada satu malam yg lebih baik dar 1000 bulan iaitu lailatulqadar.
  • Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.
  • Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya. 
  • Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu. 
  • Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka. 
  • Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya. 
  • Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan daripada neraka. 
  • Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa,nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga. 
  • Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak. 


Marhaban Ya Ramadhan =)


Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua...Amin =)
p/s : semoge ibu & abah Farhan Nasir selamat pulang dari menunaikan umrah...amin =)

No comments:

Post a Comment

May Allah bless u!